Isnin, 11 Mac 2013

BIBIMBAP HALAL


Sapa suka Korean food..cepat angkat kepala lutut.. huhuhu.. Okey xlawak. Kali nih aku nak share satu resepi bibimbap yang cepat, mudah dan paling penting sedap. Bahan yang digunakan pon biasanya ada lam esbok.

Cerita dapat resepi nih asalnya, tentulah aku ngah kemaruk nak makan makanan korea tapi kt Sebauh nih mana  ada restoran korea or Japanese (ke aku yang xtaw restoran nih ada?). Sebab xnak menghampakan nafsu serakah aku nih yang mengalahkan mak buyung. Maka haruslah mengoogle resepi.

Akhirnya dapat gak resepi yang pada mulanya xhalal tapi telah dihalal kan oleh aku (sebab resepi asal letak b**i). Dan resepi pon di olah ikut selera tekak aku. Dah banyak kali dah aku wat ikut
 Resepi nih memang sedap lar ikut tekak aku. Tekak korang xtaw plak aku. Pandai-pandai lar ejas ikut selera memasing yer.

Resepi Bibimbap

Bahan-bahan:
Nasi putih
Daging Kisar
(diperap dengan kicap cair, lada hitam dan bawang putih)
Minyak Bijan
Garam
Lobak merah
Bawang besar
Cendawan
Daun bawang
Timun
(sayuran boleh pilih ikut tekak memasing yer)

Cara-cara:
1.       Semua sayuran di potong memanjang.
2.       Lepas tuh panaskan kuali ngan sedikit minyak bijan. Xsuka minyak bijan leh letak minyak masak or minyak zaitun. Dah panas minyak tuh korang masukkan lobak merah, pastuh masukkan sedikit kicap cair. Kalu korang rasa nak tambah garam pon ok gak (ikut tekak korang).
3.       Bila sayur dah Nampak nak masak, ketepikan. Pastuh teruskan cara yang sama dengan sayuran yang lain sehingga selesai.
4.       Untuk daging pon sama seperti cara di atas, ketepikan. Kalu xda daging korang leh guna telur dadar/telur mata.

Bahan sos:
Bawang Putih (dicincang)
2 sudu besar paste cili korea
1 Sudu besar Minyak bijan
Kicap cair
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit bijan yang disangai.

Cara-cara:
Gaulkan semua bahan hingga sebati. Tambah gula/garam ikut suka ati/tekak korang.


Cara hidang :
Masukkan nasi putih kedalan mangkuk. Kemudian susun sayur tadi ikut kretiviti korang. Kat tengah2 korang letak daging kisar, pastu letak sos bibimbap. Siap…




Taraa… nanti jadi lar macam nih. Nanti nak makan, korang gaul2 kan tuh sumer. Memang best.